
Bagaimana memilih syarikat penyedia web hosting sedangkan ada pelbagai syarikat hosting yang ada di dunia online sekarang ni ? Nak memilihnya samalah seperti mencari restoran makanan laut di Yellow Pages. Memang banyak kan. Diharap dengan beberapa tips yang diberikan ini dapat membantu anda untuk memilih syarikat web hosting yang sesuai.
Faktor paling penting memilih hosting adalah peratusan server uptime. Peratusan server uptime yang dicadangkan adalah dalam lingkungan 98% ~ 99%. Tidak digalakkan untuk memilih server uptime kurang dari 65%. Maksudnya di sini jika lebih tinggi server uptime maka ia lebih baik. Lebih tinggi downtime sesebuah server itu maka lebih rendahlah potensi meningkatkan trafik ke laman web anda.
Antara faktor yang lain yang sepatutnya menjadi ukuran adalah dari segi saiz ruang menyimpan fail ke server. Berapa pula bandwidth yang ditawarkan ? Bandwidth adalah data transfer setiap pengunjung yang melayari serta menggunakan website anda.
Perubahan dalam membuat pemilihan syarikat hosting hari ini menyebabkan anda perlu menitik beratkan perkara penting seperti berapa saiz ruang menyimpan fail dan saiz bandwidth. Ini bagi membolehkan anda melakukan aktiviti mengemaskini serta bersedia menghadapi ribuan trafik yang bakal masuk ke laman web anda.
Antara syarat lain yang anda perlu titik beratkan adalah penyedian access CGI bersama dengan MySQL, Real Audio, Real Video dan Cold Fusion (sebahagian syarikat hosting menjadi access sebagai nilai tambah untuk perkhidmatannya). Jika anda ingin melakukan perniagaan e-commerce maka perlulah mempunyai access untuk SSL ataupun singkatan bagi Secure Socket Layer. Ia merupakan satu sistem security yang menyulitkan bagi transaksi menggunakan kad kredit. Kebanyakkan SSL yang diiktiraf ada disediakan oleh kebanyakan syarikat web hosting. Jadikan website e-commerce anda selamat dan dilindungi dari anasir-anasir tidak baik di internet.
Diluar sana terdapat banyak penyedia perkhidmatan web hosting dan diharap setiap keputusan pemilihan anda diselidiki terlebih dahulu dan hendaklah bersesuaian dengan bajet anda. Selamat mencuba dan semoga ia membantu anda sedikit sebanyak dalam membuat pilihan. Terima kasih.










